Tuesday, February 8, 2011

PERINGATAN SEBELUM MENGAMBIL KEPUTUSAN MEMBELI HARTANAH LELONG

FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM MEMBELI HARTANAH LELONG



  • TEMPOH PEMBAYARAN BAKI DEPOSIT 5% ATAU 10%
  • Kebiasaannya pihak bank pemilik lama akan memberi masa selama 90 atau 120 hari kepada pembida yang berjaya untuk melunaskan baki deposit 5% atau 10% daripada harga yang berjaya di dalam lelongan.
  • Kebanyakan bank tidak menerima permohonan pinjaman daripada pembida untuk melunaskan baki pinjaman di dalam masa 90 hari.
  • Ini kerana pembiaya kewangan baru berpendapat masa yang diperuntukkan oleh pembiaya kewangan pemilik lama terlalu singkat untuk menyelesaikan baki pinjaman tersebut.
  • Jadi sebelum mengambil keputusan membeli hartanah lelong seboleh-bolehnya memilih hartanah yang menawarkan jangka masa 120 hari untuk menyelesaikan baki pinjaman.



  • JENIS LELONGAN

  • Lelongan terbahagi kepada 4 iaitu, lelongan awam (public auction), lelongan persendirian (private auction), makhamah tinggi (high court) dan land court.
  • perkara terpenting yang perlu dititik beratkan di sini sebelum anda membeli hartanah yang dilelong secara high court dan land court ialah tempoh masa yang diberikan untuk melunaskan baki pinjaman.
  • Sekiranya anda membeli hartanah lelong daripada lelongan awam, masa untuk melunaskan baki deposit oleh pembiaya kewangan dapat dilanjutkan jika tempoh yang diberikan oleh pihak bank lama telah tamat.
  • Ini dapat dilakukan dengan memohon perlanjutan oleh peguam yang dilantik kepada pihak pembiaya kewangan lama.
  • Kadar faedah biasanya akan dikenakan.
  • Tetapi sekiranya anda membeli hartanah yang dilelong secara high court dan land court anda perlu memastikan pembiaya kewangan dapat melunaskan baki deposit di dalam jangka masa yang ditetapkan.
  • Tiada lanjutan akan diberikan oleh makhamah.
  • Deposit 5% atau 10% akan hangus (for fitted).

  • KAWASAN HARTANAH


  • Pastikan kawasan hartanah yang dibeli tidak mempunyai senarai blacklist oleh pihak bank.
  • Contohnya sesetengah bank tidak menerima permohonan pinjaman di kawasan tertentu seperti Rawang, Semenyih, Klang, Puncak Alam dan Puchong.
  • Ini disebabkan kawasan tersebut dikenalpasti sebagai kawasan yang berisiko tinggi bagi pelanggan untuk tidak membayar pinjaman perumahan (NPL).

  • KELULUSAN PINJAMAN BANK

  • Sebelum mengambil keputusan untuk membida, pastikan pinjaman anda dapat diluluskan oleh pihak bank.
  • Ini kerana deposit anda akan hangus (for fitted) sekiranya pinjaman anda tidak lulus.

  • PEGUAM YANG BERKALIBER


  • Memilih peguam yang berkaliber untuk mengendalikan kes lelongan, kerana semua perkara perlu dilakukan dengan cepat di dalam jangka masa yang terhad.
  • Jangan memilih peguam disebabkan faktor yuran guaman yang rendah semata-mata kerana peguam yang mempunyai pengalaman yang luas diperlukan untuk mengendalikan kes lelong.

  • EJEN YANG BERWIBAWA


  • Pastikan ejen yang dilantik tahu selok belok lelongan
  • Pastikan ejen yang dilantik berpengalaman
  • Pastikan ejen yang dilantik dapat membantu anda menyelesaikan dokumentasi lelongan seperti kontrak lelongan, pinjaman perumahan, khidmat guaman dan juga pengeluaran KWSP anda.