Wednesday, February 9, 2011

PROSEDUR PIHAK BANK SEBELUM MENGISYTIHAR HARTANAH UNTUK DILELONG


Sekiranya hartanah yang dilelong, tidak mempunyai pembida pada lelongan kali pertama, maka hartanah tersebut akan dilelong pada masa akan datang, yang akan ditetapkan oleh pihak pelelong. Harga hartanah tersebut akan diberi diskaun sebanyak 5% hingga 10% berdasarkan pada harga rizab terakhir dan begitulah seterusnya sehingga hartanah tersebut terjual.



Langkah yang diambil oleh pihak bank (pembiaya kewangan)/ end financing, sebelum melelong hartanah yang dibiayai oleh pihak pembiaya kewangan :  
  1. Menghantar surat peringatan pertama kepada peminjam
  2. Pada bulan kedua pula, bank akan menghantar notis susulan 
  3. Bulan Ketiga : pihak bank akan menghantar peringatan akhir supaya peminjam membayar ansuran pinjaman dengan kadar segera 
  4. Bulan kelima bank akan menghantar surat kuasa dari peguam untuk mengarahkan peminjam membayar semua baki tunggakkan dalam masa 14 hari.
  5. Selepas tamat tarikh yang ditetapkan oleh pihak bank, pihak bank akan  menghantar surat kuasa penarikan balik kemudahan daripada pihak peguam, 
  6. Pihak bank sekali lagi menuntut peminjam supaya membayar segala baki tertunggak termasuk keseluruhan jumlah pinjaman dalam tempoh maksima 14 hari.
  7. Kebiasaannya, sekiranya peminjam tidak membayar ansuran rumah didalam masa 3 bulan berturut-turut secara rasminya Bank Negara menetapkan yang anda adalah sebagai hutang tidak berbayar (NPL).
  8. Setelah sampai tempoh lima bulan, dan anda masih tidak membuat sebarang bayaran, notis akan dikeluarkan oleh pihak bank mengenai kemungkiran suatu gadaian (borang 16D) keatas pemilik rumah (peminjam).
  9. Bulan keenam dan ketujuh, peminjam akan dipanggil ke mahkamah. 
  10. Prosiding mahkamah ini bergantung pada jenis geran hartanah.
  11. Peguam pihak bank akan memohon untuk memperolehi arahan jualan dari pihak mahkamah.
  12. Peguam piahak bank pelelong, akan menetapkan tarikh lelongan, harga rizab mengikut baki pinjaman semasa peminjam.
  13. Kebiasaannya, pihak bank akan melantik penilai hartanah untuk mendapatkan harga rizab lelong berdasarkan harga pasaran yang dibuat oleh penilai hartanah lelong. 
  14. Proses pengistiharan hartanah untuk dilelong, memakan masa selama 7 hingga 8 bulan sebelum hartanah tersebut diisytiharkan sebagai hartanah lelong (property for auction)