Friday, September 20, 2013

Bajet 2013: Cukai Ke Atas Keuntungan Hartanah Meningkat 15%


PENINGKATAN pada cukai keuntungan hartanah (CKHT) yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 tidak akan menjejaskan industri itu di Malaysia.Kenaikan RPGT 15% Pembentangan Bajet 2013
Bendahari Kebangsaan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) N K Tong berkata, kenaikan kadar CKHT lebih menggalakkan pembeli hartanah untuk mengambil pendekatan jangka panjang dan tidak menjual harta mereka dengan segera. “Jika pembeli mahu membeli hartanah, mereka tidak akan menjualnya pada tahun-tahun terdekat. Lebih lama pembeli menyimpan hartanah mereka, lebih tinggi nilai hartanah itu,” katanya selepas pengumuman Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) 2012 di Kuala Lumpur, semalam.

Belanjawan 2013 mencadangkan CKHT dinaikkan kepada 15 peratus daripada 10 peratus untuk hartanah yang dijual dalam tempoh dua tahun pertama dan kepada 10 peratus daripada lima peratus bagi hartanah yang dijual selepas tiga hingga lima tahun.

Bagaimanapun, CKHT tidak dikenakan ke atas keuntungan daripada penjualan harta perumahan pertama, pindah milik berasaskan kasih sayang antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak serta antara datuk nenek dan cucu.

Sementara itu, bekas presiden Rehda Datuk Ng Seing Liong berkata, Malaysia agak terasing daripada masalah ekonomi di zon Euro.


“Dasar kita agak berhemat. Mengikut statistik, kita sekarang mempunyai cukup rumah untuk semua dan setiap tahun kita memerlukan 100,000 hingga 200,000 unit rumah baru,” katanya. Bertemakan ‘Di rumah dan Di Luar Negara’, siri akhir Mapex Lembah Kelang 2012 akan diadakan mulai 19 Oktober hingga 21 Oktober di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/10

Residensi Bistaria Ukay Perdana Ampang untuk disewa





Size: 850 sq.ft.
Bedrooms: 3Bathroom: 3
Furnished: Partially furnished
Estate agency no:
Property Type:Apartment/ Flat

RM1150 per month



Partly furnished, table top & celling fan.Only 3floor.....

Swimming pool, Mini market, Covered parking, 24 hour security, Balcony/Patio, Cable TV

Residensi Bistaria is a brand new apartment which consists a total of 5 blocks(Swimming Pool, Wading
pool, gym, surau, nursery, multipurpose hall,
covered car park, 24 hours security)
Ukay Bistari easy access through:
- MRR2
- DUKE
- AKLEH

Nearby school are 2km away:
- SRK Hulu Kelang
- SMK Lembah Keramat
- SMK Seri Keramat 2

There are nearby public transport (Bus & Taxi)
within walking distance to Ukay Bistari Apartment

Hypermarkets:
- Giant Bukit Antarabangsa
- Giant Taman Permata
- Carrefour Wangsa Maju
- Tesco Ampang